Assalamualaikum. Beberapa jam selepas aku publish entry pasal Dream Project tu aku telah menerima panggilan daripada Megat Aznan member kepada sunny BMX. Die berada di Melaka untuk berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab dengan Pembangunan Sukan Negeri Melaka. Megat Aznan ni memang seorang pembekal skatepark.
Okay, cerita die macam ni. Megat ni call aku tanya aku pasal skatepark tu sebab aku yang recommend benda ni. Die cakap die pegi Melaka nak serahkan proposal skatepark berkenaan. Dalam hati aku dah suka. Dah terbayang dorang call aku ni sebab nak cakap yg projek tu dah approve. Dorang dah dapat tapak untuk buat skatepark tu. Tapak berkenaan terletak di Kawasan Stadium Hang Jebat. Dekat dengan tempat orang main motor kecik. Kawasan ni agak jauh la jugak, tapi stadium ni memang strategik. Dato' Ali nak kumpulkan tempat-tempat sukan kat sini kot? Tapi dah tak kira jauh sangat lah. Highway kan ada.
Okay, tapak dah dapat. Bagus lah tu kan. tapi belum habis cerita lagi. Yang tak sedap nak dengar adalah pasal Melaka tak ada bajet nak buat kemudahan pusat ekstrem tu. Mana pegi duit bebanyak bro? Haish, Melaka. Bukan main lagi lah nak dikenali ramai konon tapi takda duit. Hutang banyak lah ni. Tapi bukan sebab tu aja. Tapak dah ada untuk pembinaan skatepark tu. Yang aku tau Melaka tak ada bajet nak disalurkan kepada pembangunan ni, tapi dorang jugak cakap yang orang kerajaan melaka ni nak ada persatuan baru boleh. Mereka tak nak bila dah buat nnt tak ada orang yg nak main. Aku boleh jamin lah, yang banyak budak-budak nak main tapi tempat yang sesuai je tak de.
So, itu lah jawapan yang diterima mengenai pembinaan pusat ekstrem di Melaka. Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa supaya Melaka ada duit balik dan cuba tubuhkan persatuan sukan ekstrem yang betul-betul aktif. banyakkan event bagai. Aku ni bukan sape-sape, aku cuma nak scene macam ni naik balik je. tak lebih. Apa-apa pun aku respek lah kat sunny, megat aznan and team sebab sanggup datang Melaka untuk benda ni. Thanks. :)
No comments:
Post a Comment