16 December 2010

Dream Project

Assalamualaikum semua. Barang shopping aku belum sampai ke tangan aku lagi. So, nantikan entry yang akan datang. Okay hari ni aku nak cakap pasal projek. Orang Melaka memang sedia maklum yang kat Melaka memang tak ada skatepark kan. Okay, aku tau ada skatepark kecik kat sebelah McD Melaka mall, tapi sangat kecik dan akan dipenuhi oleh para skaters.

Seperti yang korang maklum, Ketua Menteri Melaka yang sangat bertanggungjawab dengan masalah rakyanya ialah Dato' Wira Ali Rustam. Beliau ni memang aktif FB pada waktu tengah malam. Mengupdate foto-foto beliau ketika menjalankan tugas memang pasti akan dimuat-naik ke FB beliau. Aku pasti itu memang beliau bukan PA nya atau orang lain. sebab beliau ada cakap kalau post tu ada TK DAR pasti itu beliau kerana membawa maksud Terima Kasih, Dato' Ali Rustam.

Okay, nak dipendekkan cerita, DAR ni ada post status yang beliau menerima sebarang cadangan atau komen mengenai negeri Melaka. So, aku pun amik lah peluang ni nak PM beliau nak cakap pasal buat skatepark atau Extreme Park di Melaka Bandaraya Bersejarah ni. Aku yakin dengan benda ni sebab time Sukma Ke-13 tempoh hari, beliau ada cakap yang nak jadikkan Melaka sebagai Negeri Sukan.

Memang sesuatu yang di luar jangkaan bagi seseorang yang sangat busy untuk membalas PM aku. Esok malam selepas aku hantar PM kat beliau, terus beliau reply dengan mengatakan "buat proposal dan hantarkan kepada Syuieb 06 2333333". Haa, niat hati memang aku nak test response beliau sebagai Ketua Menteri. Habis, dia dah suroh buat proposal kan? tak salah lah kalau aku cuba merealisasikan impian ini. Tapi memang patut pon ada benda macam ni sebab Melakakan dah MAJU!

Bercerita pasal nak buat proposal ni, aku memang blank giler. Ye lah, tak pernah buat lah kata kan. Ada jugak aku mintak cadangan dari rakan-rakan. Dorang cakap buat je macam folio then hantar senang cerita. Tapi dalam fikiran aku nak buat proposal macam businessman nak dapat kan tender projek. Biar nampak professional sikit LOL. Cakap je tak guna, aku tak tau satu benda nak start pon. Puas aku google cara-cara nak buat proposal, satu pon nak menepati kehendak. Perah otak lagi lah. Nasib baik dah habis PMR. HAHA

Pada suatu hari, ketika aku sibuk melayari internet aku teringatkan Sunny BMX. Dia ni rider BMX  Malaysia sepanjang masa. Dia ni pernah buat skatepark kat Kedah. So, aku pon amik kesempatan try PM die macam mana nak buat proposal. Kononnya nak amik sedikit input yang berguna dan sebagainya. Tapi, dengan murah hati abang sunny ni cakap proposal dah ready ikut macam YSB Skatepark yang die buat dulu. Woah, dalam hati aku, senang sikit kerja aku. HAHA. So, sekarang kene fikir macam mana nak serahkan proposal tu lah.

Aku cakap kat sunny suruh die deal terus dengan syueeb dan datuk ali serta angkatannya sebab aku ni bukannye tahu nak meeting-meeting bincang pasal projek besar-besar ni. Lebih-lebih lagi nak kene jumpe orang politik bagai ni. Seram wei. HAHA. Okay, nasib baik abang sunny ni baik hati nak tolongkan. Dia kata Sunny and team akan deal terus dengan setiausaha sulit Dato' Ali. Baik kan? Aku tak yah lah nak fikir lagi cuma kalau boleh dapat tolong benda yang patut pon aku dah bangga.

Dengar cerita skatepark YSB tu cecah sampai RM800,000. Aku telan air liur je. Boleh ke kerajaan Melaka nak approvekan projek RM80K tu. Aku hanya mampu berdoa je lah dengan harapan benda tu berjaya. Kalau ada tempat macam tu korang tak suke? Bawah ni adalah gambar skatepark YSB tu.


1 comment:

Han said...

Assalamualaikum bro,nak tanye lah.projek sk8park tu dah diluluskan ke,,saya nak minta tolong ni .macam mana cara nak mohon skate park..saya cadang nak buat kat port dickson..
ni no phone saya 0123921950 (whatsapp)