Assalamualaikum semua :) Entry ini adalah untuk mengubati kemarau kata-kata di blog ni. Okay, nak dimulakan cerita, aku memang tak pergi sekolah langsung selepas tamat exam PMR. Ada sekali aku jenguk sekolah pada hari terakhir persekolahan 2010. Dapatlah aku jumpa kawan-kawan yang barangkali mereka akan berpindah ke sekolah lain tahun depan.Tapi ramai jugak yang tak datang last day tu, nak cuti advance la kata kan.
So, lagi 3 bulan aku akan melangkah semula ke alam persekolahan pada tahun depan dan akan dikenali sebagai pelajar menengah atas LOL. Dalam masa tu, tak banyak yang aku buat. aku amik keputusan untuk take a full rest before aku amik result PMR yang dijangka pada 23 Disember 2010. Aku lepak rumah tergolek-golek atas katil, bilik air dan kadang-kadang depan TV pon syok jugak. Tengok movie sampai subuh dan online kejap.
Aku rasa macam tak ada life pon ada. HAHA. Member-member ajak aku keluar pon aku malas. Hati nak aja keluar tapi badan ni berat je. Malas sangat-sangat. Mungkin aku belum cukup rehat lagi kot. Last aku gunting rambut time nak amik first paper PMR. Sampai sekarang aku tak potong lagi rambut ni. Nanti amik result biarkanlah macam ni. Aku bukan sape-sape orang nak observe dan sanjung.
Baru-baru ni Maal Hijrah 1432. Selamat tahun baru ye :) Azam tahun baru aku ialah aku nak try solat penuh 5 waktu. Walaupun aku ada tertinggal sebelum-sebelum ni. Aku akan cuba lah. Bukan senang nak jadik sempurna dan tak ada orang pon yang sempurna. Doakan aku supaya menjadi orang yang lebih beriman ye! Aku harapkan result PMR aku ni adalah yang terbaik. aku tak harapkan sangat untuk jadik yang terbaik sebab aku tahu ada orang lain yang lebih baik dari aku. Tapi apa-apa pun aku kene banggakan mak bapak aku.
Aku harap 2011 bakal menjadi sesuatu yang baru untuk aku. Aku nak jadi lebih berguna kepada bangsa, agama dan negara LOL. Aku ada shopping sikit baru-baru ni. nantikan entry akan datang. HAHA
No comments:
Post a Comment