23 December 2010

Mid Victory

Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak cerita pengalaman aku ketika mengambil keputusan PMR 2010. Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dan yang kurang berjaya jangan putus asa kerana ini bukan pengakhiran bagi diri kita :3 Sehari sebelum amik result PMR aku memang relax je. Malas nak fikir sangat sebab tak de sebab aku nak gentar sebab ternyata kalau ape-ape jadi bukan aku boleh buat apa pon. Bukan boleh ubah keputusan tu kan? So, aku tenangkan diri dan fikirkan benda lain. 

Besok nak amik result, aku tido cam biase lebih kurang pukul satu, banyak kali jugak terjaga. Excited sangat kot? HAHA. Mak aku kejut kan aku tido pukul 7 lebih sebab aku ingat nak pergi skola awal teman dak Haziq ngan Ajim. Dorang kena datang awal sebab lepak kat subaidah dulu sebelum amik result. Tapi aku rase cam ngantuk lagi je, aku sambung tido sampai 8 lebih. Lepas tu mandi-mandi sikit, amik baju skolah, seluar, tie. Semua tak gosok sebab iron dah rosak. :3 Pakai je lah sebab bukan nak buat apa pon. Kasut aku pon berkerak tak basuh setahun :3

Lepas tu, terus pegi sekolah dan sampai terus pegi minum kejap kat sharom memandangkan ramai yang belum sampai. Aku masuk semula kat sekolah. Nampak dak Hakim, Aiman, Amirul lepak kejap bercerita pasal itu ini. Sementara tunggu dak Haziq ngan Ajim yang tak masuk skola lagi, lepak lagi kat tepi dewan bualkan cerita mengarut dengan kawan-kawan.

Haziq, Ajim, Imeer dan mereka-mereka yang lain pon sampai lepas tu. Aku lepak lah lagi sebab cikgu tak panggil suruh masuk dewan lagi. Macam biasalah dak Nazrul kalau lepak mesti nak cerita pasal bike die tuh. Narc katanya :3 Masing-masing cerita pengalaman masing-masing aku pon dengarkan aje. Lepas tu mak dak Hakim tetibe tetiba panggil aku. Mak die ni merupakan pengetua Tadika aku dulu. Ingat lagi die kat aku. :3

Tiba-tiba tengah syok lepak-lepak sambil bercerita sakan, cikgu pon buat announcement panggil semua ibubapa dan murid-murid masuk ke dewan. Semua dah cuak tahap gaban. Aku pon memula relax je, dah masuk dewan jantung dah laju. Masuk lambat sikit, kasik mak bapak orang lain cop kerusi nak duduk. Masuk lambat kerusi pon dah habis. kena amik kat dalam store terus duduk kat blakang ngan budak-budak lain. Masing-masing dah gigil je. Bulu roma dah meremang, seram sejuk badan aku.

Cikgu Chong mulakan ucapan cakap tahun ni keputusan straight A menurun. Semua lagi lah bertambah cuak. Lagi dia cakap pasal subject BI ngan KH banyak yang tak score. Aku dah start cuak sebab dari awal aku dah rase cam susah nak dapat A untuk KH sebab rasa cam susah je time jawab paper tu. Ucapan Cikgu Chong pon berakhir dengan ringkasnya. Cikgu Salmah pulak sambung cakap yang kini tibalah masa nya untuk umum pelajar dapat 8A dulu. Debaran semakin hampir ke kemuncaknya.

Cikgu Salmah bukak je mulut cakap pelajar yang pertama dapat 8A ialah Ahmad Shafik. Aku bukan main suke, ye lah. kawan aku, mesti tumpang gembira. Lepas tu nama yang aku perasan dapat 8A ialah Haniff, Hazim, Imeer, Nazrul, Arsani, Fahmi, dan beberapa orang lagi palajar lain. Nama aku tak disebut-sebut lagi, aku dah mula takut. Nama demi nama dipanggil dan tetiba nama aku pulak dipanggil. Aku gembira tak terkata. Aku berada dalam kelompok straight A's dalam 28 orang. Aku bersyukur sangat time tu. Nak naik pentas pon dah menggigil tak tentu pasal.

Lepas sebut pasal pelajar yang dapat 8A, cikgu Salmah panggil nama yang dapat 7A pulak. Budak-budak Omega ramai juga yang dalam golongan 7/8A. Alhamdulillah syukur. Ini semua adalah berkat cikgu kitaorang yang bertungkus lumus mengajar dengan ikhlas. Tak ada meraka tak de lah aku nak naik pentas bagai ni. Tapi aku kena ingat kan diri aku supaya tak terlebih gembira. PMR bukan penentu segalanya. Banyak lagi cabaran yang perlu aku tempuhi. Walaupun aku dapat 8A ni, aku tak nak pindah mana-mana. aku nak stay kat MHS sebab lagi 2 tahun aku rasa mcam leceh je nak pindah. Kat mana-mana pon boleh belajar kan? Okay, sampai di sini saje. Aku ucapkan Tahniah kepada semua calon PMR 2010 yang berjaya.

No comments: