13 February 2011

Human Attitude Variation

Assalamualaikum semua. Sudah lama aku senyap tanpa sebarang penulisan di blog ini. Tapi kali ni pemerhatian aku terhadap orang di sekeliling aku kadang-kadang membuatkan aku rasa tidak senang. Memang betul, manusia rambut sama warna, tapi hati semua lain-lain. Variasi di luar jangkaan membuatkan kepayahan untuk mengerti.

Ya, aku tahu dan mengerti yang manusia ni spesis yang unik. Dicipta dengan kepelbagaian yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tapi, apa yang sedia kita maklum ada macam-macam perangai/watak yang dimain oleh seseorang itu di pentas dunia yang sementara ini. Kalau kita kupas satu-satu ianya akan memberi kita pelbagai persoalan dari sudut yang berbeza.

Hari aku agak down sikit kerana disebabkan attitude seseorang itu membuatkan aku tersinggung. Benda yang remeh dan sesuatu yang kurang matang dibahaskan dan menjadi isu yang membuatkan aku semakin tidak mengerti dengan insan bergelar manusia. Ya lah, kalau dah benda mengarut diperkatakan kepada kita dan seseorang itu akan bermati-matian menegakkannya sedangkan pandangan kita menunjukkan sebaliknya.

Maka sebagai konklusi, memang susah nak paham keadaan ini setelah perbualan kecil yang mungkin mencetuskan perbalahan yang hanya disebabkan Human Attitude Variation. Bukan hanya perbualan menjadi medium kepayahan untuk memahami perangai seseorang itu. Perbuatan juga salah satu daripadanya.

Apa-apa pun point of view aku, perangai manusia ni memang payah kita semua nak faham. Benda ni terlalu kompleks dan boleh mengganggu kitaran kehidupan aku haha. Itu sebab le aku nak cuba kekal kan keminimalism agar aku tak melakukan atau membuat orang lain tersinggung. Disebabkan benda remeh, dia nak cari gaduh. "Aku betul-betul tak paham"

No comments: