06 January 2011

Short Notice FYI

Okay, aku nak cakap sikit pasal blog aku ni. Aku tahu ramai orang sekarang tetiba dijangkiti penyakit suka baca blog. Ada banyak blog yang menarik dan aku pon ada jugak baca blog-blog yang karyanya begitu umphh bagi aku. Tulisan mereka banyak mencorak imiginasi aku tak kira yang benar atau pun tidak. Itu tidak penting kerana setiap apa yang aku baca akan aku tafsir dalam versi aku sendiri agar mudah difahami.

Aku ada dapat satu teguran daripada seorang rakan yang menyatakan bahawa blog aku ni boring. Banyak huruf kurang gambar. Tengok pun nafsu tak bergelora. Ayat-ayat tak menarik, tak lawak katanya. Aku bukan nak bantah apa mereka cakap kerana aku percaya kepada kebebasan bersuara. Tapi yang aku nak cakap, blog aku ni blog personal. Aku tak ada hot link kan blog aku kat mana-mana. Tiada kerja-kerja pengiklanan dilakukan terhadap blog aku ni.

Segala tulisan dan kata-kata yang ada di blog aku yang hitam legam ni, semua datangnya dari otak ke hati dan terus ke jari jemari semasa menaip. Aku labelkan blog ini sebagai catatan hidupan aku, apa yang aku rasa selagi jam masih lagi berputar pada arah yang sama. Betul terdetik dihati ini untuk menyebarkan blog aku ni kepada orang ramai kerana aku tak rasa lagi tulisan aku ni cukup bagus untuk menarik orang ramai. Tulisan aku tiada motif, mungkin ada tapi tak begitu tertumpu kepada yang satu. Aku tulis apa yang aku suka, buat blog ni pon free tiada sebarang bayaran dikenakan juga kepada korang yang membaca ni.

Apa-apa pun kita tengok lah nanti, mungkin inspirasi belum datang, cetusan idea belum mantap dan tahap pemikiran aku tak sehebat blogger-blogger favorite aku. Tapi InsyaAllah, mungkin satu hari siapa yang tahu, aku akan mula terdetik untuk mula menulis tentang apa yang aku rasa dan apa yang aku perhati di sekeliling aku dengan intipati yang lebih menyelerakan. Dengan itu baru lah nanti blog aku akan jadik untuk tontonan awam. Sekian terima kasih. :)

2 comments:

Anonymous said...

update la lg hawau

Khairin Syafiq said...

blog aku ni ade reader ke? haha
nanti2 lah aku update. no time atm.