27 October 2011

Put the Blame on Me

Bila kala aku sedang termenung, mengelamun mahupun menonton sitkom kegemaran aku, memang menjadi kewajipan aku untuk mengusik dan menyakat budak. Tidak, memang aku suka. Mungkin cara untuk tunjukkan kasih sayang, mana aku tahu. Yang pasti bila aku kacau mesti aku dipersalahkan. Ya, memang salah. Tapi terlalu kerap. Mana boleh tahan. Mungkin ini yang aku rasa.

Sudah kerap kali aku perhatikan. Aku memang sering dipersalahkan. Boleh dikatakan, apa yang aku buat semua salah! Mungkin jiwa muda. Sering memberontak. Tapi bukan maksudnya senang-senang je salahkan aku dalam semua perkara mahupun sekecil zarah problemnya. Hmm, tapi apa nak buat. Anak mithali mesti dengan kata orang tuanya bukan?

Mungkin itu sebabnya pendapatku tidak didengar. Kerana takutkan daku derhaka, aku diendahkan? Aku rasa itu salah. Tapi aku ni orang biasa. Kecil lagi tidak berharta mana ada orang pandang? Tunggu tiba masanya, kau, aku dan semua harus mengerti erti pendapat berbeda. 

No comments: